Senin, 27 Desember 2010

ALLOH MENJAGA ALQUR'AN APAKAH MASHABNYA ATAUKAH ISINYA.??

Al-Imam al-Tabari
r.h dalam mentafsirkan
ayat ini berkata :
“ dan sesungguhnya Kami
memelihara al-Qur’an
daripada ditambah
dalamnya perkara batil
yang bukan daripadanya
atau dikurangkan apa
yang ada dalamnya
daripada hukum-hukum,
had-had, dan kewajipan-
kewajipan ”. [Tafsir al-
Tabari, 17/68].
Oleh itu, Ahli Sunnah wal
Jamaah menetapkan
dalam akidah mereka :
: “dan Ahli Sunnah wal
Jamaah mengkafirkan
sesiapa yang mengingkari
satu huruf daripadanya
(yakni al-Qur ’an) atau
menambah padanya atau
mengurang daripadanya
kerana kita beriman
dengan yakin bahawa
setiap ayat daripada
ayat-ayat al-Qur ’an
diturunkan daripada
Allah dan diriwayatkan
kepada kita dengan jalan
mutawatir ”. [al-Wajiz fi
Aqidatis Salaf al-Soleh,
1/61].
Bahkan, terpeliharanya
al-Qur ’an adalah
termasuk dhahruriat
(perkara paling asas)
dalam akidah Islam
sekaliannya. Al-Qur ’an
diturunkan beransur-
ansur dan ditulis
semenjak zaman Nabi
s.a.w dengan arahan dan
kawalan baginda s.a.w
kemudian dikumpul pada
zaman Abu Bakar al-
Siddiq r.a dalam mushaf
dengan ijmak Sahabat.
Pada Zaman Usman bin
Affan Zun Nurain r.a, al-
Qur ’an dikumpul atas
satu huruf.
isinya yang terpelihara.
wallohu'alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar